Warna - Unsur-unsur Seni Reka
Pengenalan
Warna merupakan kesan pembalikan cahaya ke atas sesuatu objek yang dapat dikesan melalui visual atau deria penglihatan. Tanpa cahaya kita tidak dapat melihat warna. Justeru itu warna dan cahaya merupakan dua perkara yang berkait rapat.
Kesimpulannya dengan adanya cahaya kita dapat mengesan warna.
RODA WARNA
Warna Asas
Warna Asas - Merah , Biru , Kuning
Warna Sekunder
kuning + biru = hijau
biru + merah = ungu
merah + kuning = jingga
Warna Tertier
warna tertier = warna asas + warna sekunder
biru ungu = biru + ungu
biru hijau = biru + hijau
kuning jingga = kuning + jingga
kuning hijau = kuning + hijau
merah jingga = merah + jingga
merah ungu = merah + ungu
Teknik Mewarna
Langkah 1
Penghasilan lakaran objek yang hendak di lukis dan diwarnakan.
Langkah 2
Garisan-garisan halus yang dihasilkan oleh pensil ditutup dengan palitan warna dan ton gelap bagi menimbulkan bentuk siput yang dilukis.
Langkah 3
Warna biru dimasukkan bagi mengasingkan antara objek dan latar.Lakaran yang baik ialah dengan menggunakan dakwat kerana ia mudah larut dalam warna air yang kita akan gunakan.
Langkah 4
Teknik cat air menggunakan warna lapisan demi lapisan.Kesan cahaya yang nyata dapat menimbulkan bentuk objek yang hendak diwarnakan.
No comments:
Post a Comment